/

Pembantu Khidmat Am

Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

 

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

 

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

 

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).

 

dan

 

Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas mengikut keperluan).

Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.

Calon hendaklah memiliki dua (2) kepujian termasuk subjek  Bahasa Melayu dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) subjek lain pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

RM1,500.00 HINGGA RM4,680.00

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan tugas skop pemanduan
  • Mengendali dan menyenggara kenderaan  

Sikap Utama

  • Berintegriti
  • Bertanggungjawab
  • Berdisiplin
  • Komunikasi yang baik 

Elaun

  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Bantuan Sara Hidup 

Online e-HR

Calon perlu melengkapkan dan menghantar permohonan melalui Sistem eHR.

Ujian Tapisan

Calon yang disenarai pendek dan terpilih akan menjalani Ujian Kecergasan Fizikal dan Ujian Bertulis.

Temuduga

Hanya calon yang layak akan menghadiri sesi temuduga secara bersemuka.

Tawaran

Setelah memenuhi semua syarat, calon berjaya akan ditawarkan secara rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan MBPG.

Apa yang ditawarkan oleh MBPG?


Sebagai sebuah organisasi dinamik yang berdaya membawa pembaharuan dan kemajuan, anda akan berpeluang menimba pengalaman dan mencapai impian masing-masing.

Pergerakan Gaji

Pergerakan gaji tahunan berdasarkan prestasi perkhidmatan

Latihan

Sekurang-kurangnya 5 kali setahun

Cuti

Cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum

Faedah

Caruman KWSP, PERKESO, kemudahan perubatan dan aktiviti sukan dan rekreasi