/

Arkitek

Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina/Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

 


Berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

 

(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00).


Calon hendaklah memiliki dua (2) kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) subjek lain pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

RM 2,250.00 - RM 11,110.00

Deskripsi Tugas

  • Mereka bentuk bangunan baru
  • Mengkaji ringkasan projek 
  • Melawat tapak projek
  • Menyediakan lukisan

Sikap Utama

  • Berintegriti
  • Bertanggungjawab
  • Berdisplin
  • Kemahiran Komunikasi 

Elaun

  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Am
  • Bantuan Sara Hidup 

Online e-HR

Calon perlu melengkapkan dan menghantar permohonan melalui Sistem eHR

Ujian Tapisan

Calon yang disenarai pendek dan terpilih akan menjalani Ujian Kecergasan Fizikal dan Ujian Bertulis

Temuduga

Hanya calon yang layak akan menghadiri sesi temuduga secara bersemuka.

Tawaran

Setelah memenuhi semua syarat, calon berjaya akan ditawarkan secara rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan MBPG.

Apa yang ditawarkan oleh MBPG?


Sebagai sebuah organisasi dinamik yang berdaya membawa pembaharuan dan kemajuan, anda akan berpeluang menimba pengalaman dan mencapai impian masing-masing.

Pergerakan Gaji

Pergerakan gaji tahunan berdasarkan prestasi perkhidmatan

Latihan

Sekurang-kurangnya 5 kali setahun

Cuti

Cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum

Faedah

Caruman KWSP, PERKESO, kemudahan perubatan dan aktiviti sukan dan rekreasi